10:35 am

sayang, mawar yang kutanam kau cabut bersama akarnya..

Aku cuba belajar daripada bulan
Tetap tabah walaupun bersendirian
Walau kejauhan tidak berteman
Menyepi diri cekal keseorangan
Aku cuba belajar daripada hujan
Masih tegar menyiram isi bumi
Walau adakalanya dirinya dinafikan
Kerana hadir tidak menepati tika

Ingin kuluahkan
Cinta ini telah tercalar
Pengorbanannya terbunuh
Lantas membakar erti kepercayaan
Dalam diam tanpa kusedari
Namun jiwa terpaksa akur menerima
Melapangkan dada atas ketentuan DIA
Kerana bahagia itu sebenarnya ada..


http://junedesire.blogspot.com/2013/03/sayang-mawar-yang-kutanam-kau-cabut.html
@)>---